Search

[Misi Nabi]

Semakin saya membaca sirah ...

  • Share this:

[Misi Nabi]

Semakin saya membaca sirah Nabi Muhammad s.a.w, saya dapati di dalam kehidupan baginda banyak berpaksikan kepada melaksanakan satu misi penting. Misi penting yang saya maksudkan adalah menyelamatkan manusia daripada kesesatan yakni syirik dengan mengajak mereka ke Islam.

Hatta dalam perang sekalipun baginda masih mengutamakan misi dakwahnya itu. Lihatlah tatkala baginda menyerahkan bendera kepada Ali Ibn Abi Talib untuk mengetuai Perang Khaibar, pesanan baginda yang pertama kepada Ali bukanlah membunuh musuh tetapi pesan utama baginda adalah ajaklah mereka ke Islam dahulu. SubhanAllah...

Jauh berbeza apa baginda ajar & tunjukkan berbanding dengan kelakuan kita sebagai Muslim hari ini. Benarlah firman Allah SWT mengenai Rasulullah s.a.w di dalam Quran yang bermaksud;

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
[Al-Anbiyaa' 21:107]

Bagaimana pula dengan kita? Adakah misi hidup kita sama dengan meneladani hidup Baginda s.a.w?

{[:-)=


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts